Sunday, September 6, 2009

Sempurnakan Semporna ku


Anduh,
Kesian kita orang Semporna
Dari duluh sampai sekarang masih tak sempurna
Duduk berjam-jam di kedai kopi, cakap kosong sahaja
Orang lain dah ke bulan kita masih terleka dibuai kopi taukeh cina

Anduh,
Kesian kita orang Semporna
Dari duluh sampai sekarang masih tak sempurna
Orang lain mengutuk kita, orang Semporna kaki buang sampah
Majlis Perbandaran Semporan(MDS) masih dibuai mimpi indah
Kita orang Semporna masih tidak ambil kisah?????

Anduh,
Kesian kita orang Semporna
Dari duluh sampai sekarang masih tak sempurna
"Mindset" masih tidak berubah
YB turun padang
Kita orang Semporna bukan minta pembangunan
Hanya mengharapkan duit daripada pimpinan

Anduh,
Kesian kita orang Semporna
Dari duluh sampai sekarang masih tidak sempurna
Peluang berniaga di pekan menjadi hak milik kekal PTI
Kita orang Semporna masih dibuai ombak laut selebes

Kesian kita orang Semporna
Dari duluh sampai sekarang masih tidak sempurna
Pendidikan anak-anak masih jauh ketinggalan
Anak orang lain score 20A1
Anak-anak kita cukup-cukup makan sahaja


Ayuh bangkitlah, bangunlah
Kita anak-anak Semporna
Anak-anak yang Sempurna
Mari kita buktikan